Sarawak United FC Laksana ‘Camp Based Training’, Persediaan Hadapi Liga Malaysia

Spread the love

SARAWAK United FC kini giat melaksanakan ‘Camp Based Training’ sebagai persediaan menghadapi Liga Malaysia yang kembali bersambung Julai kelak.

Memetik muat naik di laman Facebook rasmi Sarawak United FC Official, walaupun pusingan kedua Liga Malaysia bermula agak sedikit lewat dari jadual asal, ini bukanlah satu kekangan bahkan ianya adalah batu loncatan kepada pasukan Sarawak United FC membentuk formasi strategi pasukan yang lebih kukuh dalam menghadapi saingan liga akan datang. 

“Liga Malaysia kembali bersambung Julai depan, ini mengambil kira pasukan yang terlibat dalam Liga Juara-Juara dan Piala AFC,” ujarnya.

Pelaksanaan ‘Camp Based Training’ merupakan antara aspek yang menjadi keutamaan pengurusan pasukan sebagai langkah kepada pematuhan Prosesur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sarawak United FC bakal bertemu Selangor FC II pada 30 Jun kelak manakala sehari sebelumnya, 29 Jun, akan berlangsungnya perlawanan di antara Perak II dan Kelantan FC.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *