KEMADA Sedia Sertai ‘The Malaysia Book Of Records’

Spread the love

KUCHING: Dalam mewarisi serta mempertahankan kebudayaan tradisional masyarakat di negeri Sarawak, Kelab Main Asal Dayak (KEMADA) berhasrat untuk diiktiraf The Malaysia Book Of Records pada tahun ini.

Rekod tersebut akan dilaksanakan dengan menghimpunkan seramai 1,000 pemain gendang pampat bermain gendang selama 16 jam tanpa henti.

Menurut pengerusi KEMADA Jackery Hillary, rancangan awal mereka sebelum ini adalah bergabung dengan Persatuan Tajai Sarawak dan Persatuan Gendang Pampat Kuching.

Namun, disebabkan pandemik yang melanda negara, hasrat tersebut terpaksa ditanguhkan.

Beliau amat berharap, impian itu akan dapat direalisasikan kelak bagi mengharumkan nama dayak sekaligus dapat mempertahankan warisan muzik tradisional dayak. Malah katanya, muzik tradisional gendang pampat kini juga semakin diminati ramai.

Dalam pada itu, Jackery turut menjemput masyarakat di luar sana supaya dapat mewarisi permainan gendang pampat dan generasi muda agar boleh belajar supaya gendang pampat ini boleh diwarisi dari masa ke semasa.

Sebelum ini KEMADA telahpun menghangatkan pentas hari pertama Rainforest World Music Festival 2021 pada Jumaat lepas.

Tidak hanya KEMADA, festival kali ini juga dihangatkan dengan persembahan barisan pemuzik lain antaranya Alena Murang, Sang Rawi, Tuku’ Kame’, Suk Binie’, Nading Rhapsody dan Mathew Ngau serta imbasan persembahan muzik daripada acara pada tahun-tahun sebelumnya.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *