Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat Menteri Kanan Pertahanan Malaysia

Spread the love

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kanan Pertahanan Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di pejabatnya, bertempat di Wisma Bapa Malaysia. 

Sejurus selepas itu, Ketua Menteri kemudiannya diberi taklimat ‘Combat Medic Vaccination’ yang disampaikan oleh menteri kanan berkenaan.

Taklimat yang berlangsung kira-kira satu (1) jam tersebut adalah bagi membincangkan konsep pelaksanaan perkhidmatan dan program vaksinasi ke kawasan pedalaman di Sarawak yang bertujuan untuk mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan pelan aturgerak ‘Combat Medic Vaccination Program Team’ serta turut membincangkan beberapa perkara lain yang berkaitan.

Hadir sama Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Jaul Samion serta beberapa pegawai kanan persekutuan yang lain.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *