Teliti Kemasukan Tatacara Ke Sarawak

Spread the love

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bersama Jabatan Kesihatan Negeri sedang meniliti tatacara kemasukan ke negeri ini.

Katanya, ini berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat beberapa pindaan ke atas Garis Panduan Pengendalian COVID-19 di Malaysia susulan dari perkembangan semasa situasi COVID-19 d dalam dan luar negara sekaligus perubahan tatacara berkaitan kuarantin dan ujian saringan COVID-19 bagi pengembara dan anak kapal/crew yang tiba melalui pintu masuk antarabangsa.

“JPBNS mengambil maklum pindaan tersebut dan sedang meneliti tatacara kemasukan ke Sarawak bersama Jabatan Kesihatan Negeri serta memantau perkembangan semasa situasi COVID-19 bagi menyelaraskan tatacara bagi mereka yang ingin pulang ke Sarawak dari luar negara (transit di Semenanjung Malaysia).

“Sehingga keputusan lanjut dibuat, semua pengembara dari luar negara harus mematuhi arahan terkini yang ditetapkan oleh KKM,” Katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut JPBNS lagi, tatacara terkini Garis Panduan Pengendalian COVID-19 kepada semua pengembara dari luar negara yang tiba ke Malaysia adalah diwajibkan untuk menjalani ujian RT-PCR COVID-19.

Selain itu, mereka juga perlu menjalani kuarantin mandatori selama 14 hari/ 21 hari ( jika pulang dari negara India, Nepal, Pakistan, Sri Lanka dan Banglades) di “Point of Entry” / destinasi ketibaan pertama (Negeri) sebelum meneruskan perjalanan ke Negeri lain.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *