Siang Mengira Wang, Petang Menjarum

Spread the love

PADA siangnya mengira wang sebagai pegawai bank, sebelah petangnya pula memenuhi tempahan menjahit barangan kulit.

Abdul Zaheed Hanafi

Abdul Zaheed Hanafi, 28, mempunyai bakat menjahit dan meminati barangan kulit yang dijadikan sumber pendapatan sampingan.

Menjenamakan barangannya sebagai “Jait Leatherworks”, antara hasil kerja tangan beliau termasuklah tali pinggang, dompet, tempat meletak kad nama dan pelbagai lagi.

Jait Leatherworks

“Saya beralih menjahit barangan kulit dan menggunakan masa terluang semasa PKP untuk bereksperimentasi menjahit barangan kulit tetapi sebenarnya saya mula suka menjahit sejak di bangku sekolah lagi.

“saya menghadiahkan ibu hasil kerja kulit saya sempena hari ibu,” katanya.

Hadiah Dompet Buat Ibu Tersayang Sempena Hari Ibu

Walaupun bidang jahitan memerlukan ketelitian dan ketekunan, Abdul Zaheed sanggup bersengkang mata bagi demi kepuasan diri serta pelanggan-pelanggannya.

Antara pelanggan setianya terdiri daripada rakan sepejabat yang banyak membantunya mempromiskan hasil kerjanya selepas mendapati kualiti kerjanya sememangnya setanding barangan berjenama dengan harga yang berpatutan.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Comment

  1. Selain perform dlm bisnes perbankan, kreatif dlm menjahit, dia merupakan seorg penyanyi di uitm kampus sarawak. Boleh buat interview on9 utk tgk cara mnjahit sambil dia menyanyi, please guys rindu mok dgr soranya masa belagu dolok dekat youth floor uitm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *