Program Vaksinasi Luar Bandar Lancar

Spread the love

MIRI: Proses pemberian vaksin COVID-19 kepada penduduk luar bandar kini berjalan lancar.

Malah, Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas sendiri turut turun padang memantau proses di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) setakat ini.

Mengenai tinjauannya di PPV Dewan Masyarakat Bekenu, Uggah berpuas hati kerana segalanya dilihat teratur selain respon yang baik turut ditunjukkan masyarakat setempat.

“Saya gembira kerana mereka menyedari pentingnya untuk mendapatkan vaksin berkenaan.

“Di dewan ini, ia mampu menampung kapasiti sehingga 1,000 dos setiap hari,” jelas Uggah yang turut memberitahu Bekenu mempunyai lima PPV.

Mengenai proses pendaftaran, Uggah memberitahu mereka yang berada di kawasan pedalaman boleh mengikut saranan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg iaitu untuk hadir mendapatkan suntikan terlebih dahulu dan kemudiannya baru mendaftarkan diri.

“Ini lebih sesuai dalam senario mereka,” jelasnya.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *