COVID-19: Tujuh Kematian Direkodkan, 536 Kes Positif COVID-19

Spread the love

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan memaklumkan terdapat tujuh kematian direkodkan manakala sebanyak 536 kes positif COVID-19 baharu dicatatkan.

JPBNS berkata, lima daripada kematian itu melibatkan lelaki manakala dua lagi perempuan berumur 70 hingga 84 tahun.

Tiga kematian masing-masing dilaporkan di Hospital Bintulu dan Sibu serta satu di Hospital Miri sekaligus menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada 373 orang.

JPBNS turut memaklumkan terdapat 536 kes baharu COVID-19 hari ini dengan 297 daripada jumlah kes ini telah dikesan di daerah Sibu, Kuching, Kanowit, Bintulu dan Bau.

“Sibu merekodkan kes tertinggi (115) diikuti Kuching (60), Kanowit (52), Bintulu (40), Bau (30), Tebedu (28), Julau (24), Miri (21), Kapit (21), Sri Aman (17), Song (17), Sarikei (16), Pakan (14), Subis (13), Samarahan (10) dan Telang Usan (8),” Kata JPBNS dalam kenyataannya.

Lain-lain kes dikesan di Serian (8), Beluru (7), Sebauh (5), Lubok Antu (5), Tatau (4), Selangau (4), Meradong (4), Mukah (4), Asajaya (3), Bukit Mabong (3), Tanjung Manis (2) dan Dalat (1) menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 58,570.

Tambah JPBNS lagi, terdapat 547 kes baharu telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih adalah seramai 48,132 orang.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *