Jonathan Nyepa galas tugas getir di Kazakhstan

Spread the love

KAZAKHSTAN: Altet pecut 100 meter negara Jonathan Nyepa antara atlet yang akan mewakili Malaysia pada kejohanan Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan pertengahan bulan ini.

Anak kelahiran Belaga Sarawak itu berkata, beliau cukup optimis untuk memberikan aksi terbaik dalam memastikan Malaysia mendapat tempat dalam kejohanan itu nanti.

SINGAPURA 14 JULAI: Jonathan Nyepa beraksi untuk kejohanan ke-18 ASEAN University Games di Choa Chu Kang Stadium pada Julai 14, 2016 di Singapura . (Gambar : Yong Teck Lim/Getty)

“Segala persiapan semua memang tiada masalah berjalan dengan lancar dan okey dimana saya perlu bersedia dan memberikan fokus’. kata Jonathan ketika dihubungi TVS pada Khamis.

Mengulas lanjut mengenai nasib dua rakan atlet yang terpaksa membatalkan hasrat untuk mewakili negara susulan Muhammad Haiqal Hanafi yang disahkan dijangkiti COIVD -19 sementara Khairul Hafiz Jantan menjadi kontak rapat, Jonathan berkata beliau merasa simpati dan berharap dapat sama-sama berbakti untuk negara pada kejohanan akan datang.

“ Kami adalah pasukan yang sama dan saya pun agak simpati untuk mereka yang tidak dapat beraksi untuk kejohanan ini jadi apa-apapun saya doakan yang terbaik lah untuk mereka supaya dapat sama-sama beraksi untuk kejohanan yang akan datang “. katanya lagi.

Dalam pada dedah Jonathan, peluang untuknya menempah slot ke sukan Olimpik Tokyo juga terbuka sekiranya beliau berjaya melakukan larian dengan rekod 10.05 saat .

“ Kelayakan untuk ke sukan Olimpik untuk acara 100 meter mesti melakukan larian dengan rekod 10.05 saat. kalau saya boleh lari 10.05 itu memang saya dah boleh masuk olimpik sekarang untuk kejohanan ini,tapi kalau tak dapat kena tunggu rezeki untuk kejohanan lainlah “. ujarnya lagi.

Kejohanan tersebut hanya akan menyaksikan tujuh atlet yang akan mewakili negara iaitu Lee Hup Wei (Lompat Tinggi), Andre Anura Anuar (Lompat Jauh), Muhammad Hakimi Ismail (Lompat Kijang), Connie Chu (Lempar Cakera), Yap Sean Yee (Lompat Tinggi), Jonathan Nyepa (100m) dan Rayzam Shah Wan Sofian (110 Meter Berpagar).

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *