COVID: 5,738 Kes Baharu Direkodkan Dalam Tempoh 24 Jam

Spread the love

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,738 kes baharu COVID-19 direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas, sekali gus merekodkan peningkatan sebanyak 588 kes berbanding 5,150 kes yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter memaklumkan, Selangor kekal negeri tertinggi kes harian melibatkan 1,858 orang, diikuti Negeri Sembilan (1,086), Kuala Lumpur (641) dan Sarawak (559).

Selain itu, Johor mencatat sebanyak 449 kes, Sabah (248), Kedah (197), Melaka (184), Kelantan (154), Labuan dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 97 kes, Terengganu (77), Pahang (54), Perak (30), Putrajaya (tujuh) manakala Perlis tiada kes.

— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *