Kristal Yang Boleh Dimakan?

Spread the love

PENGGEMAR buah kristal kini dapat menikmati buah yang juga menyerupai buah laici apabila telah tiba musimnya kini.

Buah ini yang dikatakan berasal dari Indonesia, adakalnya juga dikenali sebagai buah matoa atau buah kasai juga amat popular di Sarawak.

Tinjauan TVS di Pasar Sentral Sibu, kelihatan banyak gerai di telah mula menjual buah ini.

Buah ini kemungkinan dianggap unik kerana ada gabungan perisa buah laici China, rambutan dan durian!

Menurut salah seorang penjual buah ini, Patu Chirong, buah kristal telah memasuki musimnya sejak dua minggu yang lalu dan ia sememangnya banyak terdapat di Sibu berbanding kawasan lain di Sarawak.

“Sejak dua minggu yang lalu saya telah menjual buah ini setelah tibanya musim buah kristal,” kata Patu yang mempunyai kebun buah kristal di Sibu.

Menurutnya, buah kristal mempunyai gred yang ditentukan melalui warna, saiz dan rasa dan kualiti buah bergantung kepada keadaan cuaca dan jenis tanah.

“Terdapat banyak jenis buah kristal dan harganya bergantung kepada gre dan saiz, semakin manis dan semakin bersar saiznya manis semakin mahal harganya.

“Ada pelbagai warna dari coklat, hijau dan kuning dan adakalanya rasanya sedikit masam bergantung kepada jenis dan gred,” katanya.

Namun musim buah kristal yang bertembung dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini telah menjejaskan penjualan buah tersebut.

“Sekarang ni jualan buah ini tidak tetap dan berkurangan berbanding sebelum PKP tetapi saya terpaksa akur dengan keadaan,” ujarnya.

“Sebelum PKP buah kristal memang menjadi rebutan berana buah ini bukan selalunya ada ramai yang membeli namun sekarang jualannya merosot,” terangnya.

Jelas Patu, beliau hanya mampu meraih antara empat ratus ke lima ratus sebulan dan jumlah tersebut baginya hanya cukup-cukup makan sahaja.

“Buah ini kebiasannya dijual pada harga RM12 sekilo tetapi kini terpaksa menurunkan harga kerana pembelian yang berkurangan,” tambahnya.

Sebelum pandemik covid-19, keuntungan penjualan buah yang menjadi punca rezekinya berbanding sekarang disebabkan tidak ramai yang berkunjung ke Pasar Sentral Sibu.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *