Ibu Turut Sama Memujuk, Lelaki Cuba Bunuh Diri Selamat

Spread the love

Kuching, 16 Jun – Selepas hampir dua jam berusaha, pihak bomba bersama ibu mangsa berjaya memujuk lelaki berusia 34 tahun yang dilaporkan cuba terjun dari sebuah pusat komersial bangunan empat tingkat di Jalan Batu Kawa, Kuching awal pagi tadi.

Menurut pegawai kanan yang hadir di lokasi, PgKB I Henderi Ardimanshah, mangsa bertindak sedemikian kerana tekanan perasaan yang dialaminya.

Mangsa yang berasal dari Sri Aman itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Syabas diucapkan kepada pasukan bomba kerana berjaya menyelamatkan mangsa.

Ini membuktikan tugas bomba bukanlah hanya memadam api semata-mata.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *