Harimau Malaya Kembali Mengaum – Reezal Merican

Spread the love

KUALA LUMPUR, 16 Jun — Kemenangan 1-0 Malaysia ke atas Thailand pada aksi terakhir Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 awal pagi tadi, membuktikan skuad Harimau Malaya kembali mengaum selepas dua kekalahan berturut-turut dalam saingan kumpulan sebelum ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau menghargai semangat ditonjolkan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe sepanjang perlawanan, dalam usaha memburu kemenangan dan berharap setiap pemain mengekalkan prestasi positif itu, bagi menempuh cabaran di masa hadapan.

“Harimau Malaya kembali mengaum! Alhamdulillah! Dengan sepakan penalti Safawi Rasid, Malaysia berjaya melayakkan diri ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023. Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Harimau Malaya yang telah berjuang dengan penuh semangat malam ini.

“Inilah prestasi yang perlu kekal di dada setiap pemain Harimau Malaya-dengan lencana yang membawa nama negara. Saya bangga dengan aksi pada malam ini. ‘GOOD GAME’ Harimau Malaya!,” kata Reezal Merican menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya.

Pada aksi di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu, Muhammad Safawi Rasid yang dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua perlawanan muncul wira pasukan negara, selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-52.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *