Dari Carigali Jadi Pembuat Kek Demi Suami

Spread the love

KEPUTUSAN melepaskan jawatan selesanya sebagai pembantu eksekutif syarikat carigali padan tahun 1994 menjadikan pembuat kek “wirarati” suaminya yang terlantar akibat strok sejak tahun 1998.

Malahan Eda Manan, 52, bersyukur dapat menjana pendapatan menerusi kemahiran membuat dan menghias kek pelbagai jenis dari rumah sambil menjaga suaminya, Aswandi Abd Wahab, 53 sejak beliau terlantar akibat serangan angin ahmar pada tahun 1998.

Eda di samping suami dan anak tercinta

Jika dilihat dari gambar-gambar hasil kek yang dihasilkan Eda, ternyata bakatnya sejak di bangku sekolah seolah-olah menjadi penyelamat keadaan, membuatkan ramai yang seolah-olah boleh membayangkan kelazatan kek buatan Eda!

Antara tempahan pelanggan yang dihasilkan Eda Manan

Apa sahaja jenis kek dan rekabentuk, namakan saja pasti beliau mampu buat tetapi beliau terpaksa menghadkan tempahan antara 200-300 biji kek sebulan disebabkan terpaksa mengimbangi masa antara menjaga suami dan di dapur membuat kek.

Dari kek lapis Sarawak, kek perkahwinan sehinggalah kek “custom-made” untuk sebarang keraian, kemampuanya tidak dapat dipersoalkan lagi apabila menunjukkan hasil kerja tahap professional.

Kek-kek hasil kreativiti Eda Manan

“Dengan hanya membuat kek dari rumah, saya dapat memantau suami dan menguruskan anak-anak walaupun memang kena bijak menguruskan masa.

“Saya bertuah kerana ada minat ini yang banyak juga saya pelajari menerusi laman sosial seperti Youtube dan Pinterest dari segi teknik, rekabentuk dan hiasan,” katanya yang menikut jejak langkah ayahnya yang sering membuat kek untuk dinikmati keluarga.

 Melahirkan rasa syukur atas sokongan dan dorongan pelanggan yang turut membantunya mempromosi kek-keknya, Eda  turut memanfaatkan laman sosial bagi menjual keknya.

“Kek yang saya buat berharga serendah RM85 tetapi boleh mencecah sehingga RM1500 mengikut kerumitan dan masa yang diambil untuk membuat kek

“Yang penting kita dapat kepercayaan pelanggan dengan bahan-bahan bemutu tinggi yang amat memberikan perbezaan dari segi rasa dan tekstur,” jelasnya

Disebabkan kekangan masa antara keperluan menjaga suami dan anak-anak, jika ada pelanggan yang berminat untuk menempah kek air tangan beliau, tempahan hanya dibuka mengikut musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan Hari Krismas dan sebagainya.

Tempahan kek dibuka sekitar 200 hingga 300 biji sahaja disebabkan beliau berniaga dari rumahnya di Taman Narhasmita, Petra Jaya.

Eda juga tidak dapat melupakan tempahan paling mahal yang pernah diterimanya iaitu kek pulut kuning enam tingkat berharga RM4,200 sempena hari keputeraan Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak iaitu Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Kek itu sangat besar dan tidak muat untuk diangkut dalam van,” katanya berseloroh.

Kek pulut kuning termahal yang pernah Eda hasilkan berharga RM4,200 untuk hari keputeraan TYT

Strategi Eda membuahkan hasil apabila perniagaan keknya semakin hari semakin laris. Dia mampu tersenyum lebar kerana perniagaan keknya makin men dapat sambutan.

Tambahnya, dia langsung tidak menyangka kebolehan dan bakatnya itu dapat dijadikan sumber pendapatan utama keluarga.

Eda boleh dihubungi melalui talian 019-828 1560 untuk sebarang tempahan kek.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *