Wan Kuzain Berhasrat Wakili Malaysia

Spread the love

AMERIKA SYARIKAT: Pemain berdarah Malaysia yang lahir di Amerika Syarikat Wan Kuzain Wan Kamal menyimpan hasrat untuk mewakili negara menyarung jersi Harimau Malaya.

Perkara itu disahkan oleh bapanya Wan Kamal menerusi perkongsian di ruang komen pada hantaran facebook yang menyatakan anaknya itu telah bercakap dengan ibunya mengenai hasratnya itu.

Wan kuzain yang beraksi bersama kelab baharunya Rio Grande Valley di Kejuaraan USL telah menyumbangkan dua jaringan dalam tujuh perlawanan.

Sebelum ini pemain muda berusia 22 tahun itu pernah memuat naik satu emoji seolah-olah sedang memikirkan sesuatu berhubung pengumuman Persatuan Bolasepak Malaysia FAM yang mengesahkan pemain ke-26 Harimau Malaya iaitu Dion Cools.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *