Kek Lapis Tanpa Gula Untuk Yang Berdiet

Spread the love

MENYEDARI ada yang ingin menjaga badan tapi pada masa yang sama tidak boleh “berpisah” dengan makanan manis, seorang surimah mendapat ilham untuk mennghasilkan kek lapis Sarawak bagi yang ingin kekal langsing.

Memandangkan sudah banyak kek lapis di pasaran masa kini, Merrissa Sarkawi , 35 anak jati Sarawak ini mencipta kelainan dengan menjual kek lapis versi diet bebas gula bagi mereka yang ingin mengawal pengambilan gula.

Contoh Kek Tanpa Gula

Merrissa mendapat idea selepas setahun terkandas di Kuala Lumpur akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebelum ini beliau hanyalah mengambil tempahan untuk kek lapis biasa namun permintaan daripada salah seorang kawannya yang sarat mengandung dan diminta mengawal pengambilan gula memberinya idea.

Kek-kek ByMerissa

Dari situ, lahir ilham untuk mencipta kek lapis bebas gula tanpa mengubah rasa asal kek tersebut.

“Saya dapat inspirasi untuk buat kek tanpa gula selepas kawan saya yang mengadung mengidam makan kek lapis tetapi terpaksa berhenti mengambil makan manis atas nasihat doktor.

‘Lagipun saya sendiri dalam proses mengurangkan kadar pengambilan gula dalam pemakanan jadi saya mencari pelbagai bahan untuk menggantikan gula dalam pembuatan kek lapi Sarawak,” katanya.

Menurutnya, semua bahan untuk membuat kek tersebut diolah sendiri oleh Merrissa.

“Semua bahan untuk membuat kek tersebut, saya buat sendiri, contohnya coklat tenusu dan susu gunakan yang tiada gula dan gula saya gantikan dengan bahan pengganti gula semulajadi tanpa menjejaskan rasa kek tersebut.

Kek Pua Kumbu

“Saya juga dapat bekalan bahan untuk buat kek dari kedai yang berdekatan dengan rumah saya sahaja.

Bukan sahaja musim perayaan, setiap hari ada sahaja tempahan dari Kuala Lumpur, dan kek lapis diet buatan Merrissa sudahpun sampai ke Dubai dan Singapura,”katanya.

Beliau mendedahkan bahawa memang kek lapis bebas gula memang ada permintaan yang tinggi apabila mampu meraih keutungan lima angka.

Merrissa mengimpikan sebuah kilang sendiri untuk meluaskan lagi pasaran walaupun hanya berniaga kecil-kecilan dari rumah.

Tambah Merrissa, atas dorongan suaminya, tidak mustahil bagi beliau untuk meluaskan lagi pernigaannya sehingga membuka kilang kek lapis versi diet.

Packing Kek ByMerissa
Contoh kek yang dibuat ByMerrissa

Kredit : ByMerrissa

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *