Pemimpin Sarawak Menghadap Agong Secara Maya Persembah Faktor Penting Perangi COVID-19

Spread the love

KUCHING: Pemimpin-pemimpin Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menghadap secara maya Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin mengenai tiga faktor penting perangi COVID-19 iaitu imuniti kelompok, kerajaan kukuh dan pelan pemulihan.

Menerusi satu kenyataan, GPS memaklumkan bahawa program vaksinasi di Sarawak akan dipercepat dan diselesaikan pada Ogos untuk mencapai imuniti kelompok.

“Keperluan kerajaan yang kuat dan stabil penting untuk memastikan pelaksanaan program dan ekonomi COVID-19 agar mempunyai asas yang baik selain pelaksanaan Pelan Pemulihan Ekonomi pasca-COVID-19,” tambah kenyataan terbabit yang ditandatangani Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing.

Kesemua presiden parti juga bersetuju terhadap tiga faktor terbabit yang telah dikemukakan Abang Johari kepada Yang di-Pertuan Agong semasa sesi menghadap.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *