Ganti Muhyiddin Untuk Jawatan PM Hanya Khabar Angin

Spread the love

MENTERI Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal laporan portal The Vibe yang mengatakan beliau akan diangkat menjadi Perdana Menteri bagi mengantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi ciapannya di Twitter, beliau mengatakan apa yang diumum portal tersebut hanyalah khabar angin.

“Seperti yang dinyatakan dalam artikel itu, ia adalah khabar angin dan saya tidak melayan khabar angin.

Perhatian dan tumpuan saya pada ketika ini adalah memerangi COVID-19 dan mengukuhkan ekonomi kita,” katanya.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *