Debaran Semakin Terasa Dalam Panggung TVSTARZ!

Spread the love

Konsert Suku Akhir TVSTARZ tempoh hari telah menonjolkan bakat-bakat para peserta Dream Team yang semakin hari semakin mantap! 

Konsert Suku Akhir TVSTARZ
Baca lagi artikel menarik >>> Rahsia TVSTARZ Terbongkar? Ini Senarai Lagu Konsert Separuh Akhir Malam Ini

Pada konsert minggu ini, Fanzi tetap mempertahankan kedudukannya di tempat pertama buat kali ketiga! Menyanyikan lagu “Sedetik Lebih”, Fanzi tidak gagal untuk mengagumkan para juri dengan persembahannya.

Fanzi menyanyikan “Sedetik Lebih” pada Konsert Suku Akhir TVSTARZ yang lepas.

Turut kekal di kedudukan masing-masing seperti konsert yang lepas ialah Jazper di tempat ke-2 dan Andrey di tempat ke-3 dengan lagu mereka, “Show Must Go On” dan “I Need To Know”.

Malangnya, Angel gagal menambat hati para juri dengan lagunya, “Pangako Sayo” yang menyebabkan beliau jatuh ke tempat yang terakhir dengan 220 markah.

Manakala Jalee berada di tangga ke-4 dengan 231 markah di mana beliau memberi sedikit sentuhan Jazz dan juga Swing kepada lagu rock popular, “You Give Love A Bad Name”.

Namun begitu, nasib menyebelahi Angel pada kali ini kerana minggu ini tidak mempunyai sebarang penyingkiran! Kelima-lima peserta Dream Team akan berentap di pentas TVSTARZ pada Konsert Akhir yang akan datang pada 15 Jun ini. 

Dengan hanya beberapa hari menjelang Konsert Akhir TVSTARZ, siapakah yang bakal membawa pulang gelaran Juara TVSTARZ pertama serta hadiah wang tunai sebanyak RM30,000! 

Tontoni Konsert Akhir TVSTARZ pada 15 Jun, 8.30 malam hanya di TVS saluran 122 Astro dan MyTV.

Peserta Dream Team yang akan mara ke peringkat akhir TVSTARZ!


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *