Belasungkawa – Saufi Aiman Yahya (1990-2021)

Spread the love

Saufi Aiman Yahya, pemain sape terkenal yang meninggal dunia pada usia 31 tahun semalam pernah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dengan menjadi Juara Dunia instrumentalis bagi kategori kontemporari, klasik dan terbuka.

Allahyarham juga telah berjaya merangkul empat pingat emas dan satu pingat perak menjadikan Allahyarham merupakan peserta dari Malaysia di Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) yang ke-21 pada tahun 2017.

Lahir pada 13 November 1990  di Kuching, Allahyarham merupakan anak tunggal dan merupakan kacukan Cina-Melanau.

Allahyarham telah melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Sarawak dalam kursus Pengurusan Seni di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) pada tahun 2016.

Laman Instagram Sada Borneo turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Saufi Aiman Yahya dan menyifatkan kehilangan beliau sebagai kehilangan besar. Beliau telah dianggap sebagai rakan terdekat di dalam perjalanan dunia musikal serta merupakan pemusik yang berbakat.

Laman Facebook Alumni Universiti Malaysia Sarawak juga turut menzahirkan perasaan sedih pihak UNIMAS terutamanya warga Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif di mana Allahyarham yang merupakan seorang alumni Pengurusan Seni di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif pada tahun 2016.

Allahyarham adalah merupakan Pengerusi Persatuan Anak Seni Sape’ Kuching (PUSAK) dan telah lama berkecimpung dalam bidang

industri musik sape’ selama 10 tahun.

Allahyarham Saufi Aiman Yahya yang juga terkenal dengan penghasilan buku rujukan sape’ telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap industri musik sape’ di Sarawak dan juga Malaysia.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *