Larangan Trump Mengharamkan Tiktok Dan Wechat Dibatalkan Oleh AS

Spread the love

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah membatalkan arahan eksekutif daripada donald Trump yang merancang untuk melarang aplikasi sosial milik china, tiktok dan wechat yang dikatakan menyebabkan masalah keselamatan negara.

Pentadbiran Biden akan melaksanakan ‘kerangka keputusan berdasarkan kriteria dan ketat, serta analisis untuk menangani risiko’ daripada aplikasi internet yang dikendalikan entiti luar.

Trump mendakwa bahawa dua aplikasi itu menimbulkan risiko keselamatan negara dan berusaha memaksa penjualan tiktok dimiliki bytedance dan kekal menjadi satu daripada aplikasi media sosial paling popular di dunia, kepada pelabur

Tindakan Trump menyebabkan cabaran perundangan untuk menangguhkan usaha melarang atau memaksa penjualan aplikasi itu yang turut meningkatkan ketegangan antara Washington dan Beijing.Buat masa ini, dua syarikat aplikasi itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Oleh yang demikian, Biden telah mengeluarkan arahan eksekutif baharu itu yang menyatakan ‘kecemasan berterusan’ berkaitan ‘usaha berterusan pihak luar mencuri atau memperoleh data warga as’ dan menggesa semakan semula dibuat selama empat bulan.

#tvs

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *