Mancha Dilantik Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Baharu

Spread the love

KUCHING, 10 JUN : Mancha Ata, antara nama yang cukup digeruni dalam kancah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Keperibadiannya yang cukup tertib dan berdisiplin tinggi melayakkannya berada di tempatnya kini.

Selepas lebih 30 tahun berkhidmat dalam PDRM, Mancha dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu, berkuat kuasa 9 Jun 2021.

Beliau yang sebelum ini menyandang jawatan Komander Briged Sarawak PGA selama setahun membawa pangkat SAC, menggantikan tempat Datuk Fisol Salleh yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.

Kini membawa pangkat DCP, jawatan lamanya digantikan oleh ACP Saini Bongkek yang sebelum ini merupakan Ketua Penolong Pengarah PGA Bukit Aman.

Mereka merupakan antara 61 pegawai kanan polis yang terlibat dalam kenaikan pangkat dan pertukaran tugas menerusi arahan yang dikeluarkan Ketua Polis Negara, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani pada 31 Mei lepas.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dari seluruh warga TVS buat DCP Mancha Ata.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *