Enam Tekong Tempatan Dan 19 PATI Tumpas Di Tangan PGA

Spread the love

Kuching, 10 Jun – Dua orang wanita warga asing antara 25 individu ditahan Pasukan Briged Sarawak dalam lima siri tangkapan berbeza sejak awal Jun ini.

Daripada jumlah tangkapan itu, enam merupakan lelaki tempatan manakala selebihnya merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI)

Menurut Komander Briged Sarawak, SAC Mancha Ata, daripada lima kes itu, tiga daripadanya merupakan tangkapan di daerah Serian dan dua di daerah Bau.

“Tangkapan tertinggi melibatkan 10 lelaki iaitu dua lelaki tempatan dan lapan lelaki warga Indonesia yang cuba masuk ke Sarawak menggunakan jalan yang tidak diwartakan di Pekan Taiton, Bau,” jelas Mancha dalam satu kenyataan.

Tangkapan tersebut dilakukan sekitar jam 1.30 pagi pada Khamis.

Pada 2 Jun lalu, seramai enam lelaki yang terdiri daripada seorang warga tempatan dan lima warga Indonesia telah ditangkap sekitar jam 2.15 petang di Jalan Muara Mongkos, Serian.

Pada 6 Jun pula, dua siri tangkapan berbeza telah dilakukan iaitu di Jalan Bau-Lundu yang menyaksikan seorang lelaki warga tempatan dan dua wanita warga Indonesia ditahan sekitar jam 1.01 pagi manakala seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia ditahan di Jalan Gedong, Serian pada jam 5.39 petang hari yang sama.

“Kes terakhir pada 3 Jun pula melihat seorang lelaki warga tempatan dan tiga lelaki warga Indonesia ditahan di bandar Serian sekitar jam 2.57 petang,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *