Agong Berkenan Adakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu 16 Jun Ini

Spread the love

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah berkenan menganjurkan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, 16 Jun ini.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah atas inisiatif Al-Sultan Abdullah dan akan dipengerusikan baginda.

“Perbincangan ini berkaitan dengan usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat dan ia kali kedua diadakan di Istana Negara sejak Al-Sultan Abdullah menaiki takhta pada 31 Januari 2019,” katanya dalam satu kenyataan.

Kali pertama Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu telah dianjurkan pada 25 Oktober, 2020 di Istana Negara.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *