MAG Hantar 80 Kakitangan Jadi Sukarelawan Di Pusat Vaksinasi

Spread the love

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) telah menggerakkan 80 kakitangannya dari seluruh kumpulan untuk menjadi sukarelawan di dua pusat vaksinasi utama iaitu di Axiata Arena, Bukit Jalil dan Pusat Konvensyen KL mulai hari ini hingga 18 Jun 2021.

MAG dalam satu kenyataan hari ini berkata sukarelawan tersebut atau lebih dikenali sebagai MH Rangers, terdiri daripada kru kabin dan penerbangan Malaysia Airlines serta Firefly termasuk pekerja daripada anak syarikat di bawah MAG.

“Mereka diberikan tanggungjawab untuk tugas bukan perubatan seperti mengendalikan pengurusan khayalak, pengumuman serta pendaftaran, antaranya. Program MH Rangers memperkasakan semua kakitangan MAG bagi mengambil bahagian dalam pelbagai peranan sukarelawan untuk membantu meringankan beban dalam situasi yang berbeza.

“Program ini mengutamakan sukarelawan yang telah menerima atau mendaftar untuk suntikan vaksin COVID-19,” katanya.

— BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *