COVID: 5,271 Kes Baharu, Penurunan Empat Hari Berturut-Turut

Spread the love

KUALA LUMPUR: Kes baharu harian COVID-19 merekodkan penurunan untuk empat hari berturut-turut apabila sebanyak 5,271 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, berbanding 6,241 semalam.

Perkembangan itu juga bermakna, Malaysia mencatat kes baharu harian di bawah paras 6,000 kes selepas 19 hari berturut-turut di atas angka tersebut sejak 19 Mei lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam laman Twitter berkata jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat ini ialah 622,086 kes.

Menurutnya, Selangor mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,374 kes, diikuti Sarawak (703), Negeri Sembilan (571), Kuala Lumpur (455), Johor (355), Kelantan (341), Sabah (336), Labuan (209) dan Kedah (194).

Selain itu, Melaka dengan 178 kes, Perak (177), Pulau Pinang (153), Terengganu (117), Pahang (99), Putrajaya (lapan) dan Perlis (satu).

— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *