Kerajaan Kaji Gubal Ordinan Bagi Golongan Anti Vaksin – Hamzah

Spread the love

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji untuk menggubal ordinan bagi membolehkan tindakan diambil terhadap golongan anti vaksin yang menghasut orang ramai agar menolak vaksin COVID-19.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ordinan sempama itu mungkin diperlukan memandangkan ada kempen yang dilakukan pihak tertentu untuk menolak vaksin COVID-19.

“Insya Allah sekiranya boleh, ia akan dijadikan sebagai satu ordinan. Sekiranya mereka (golongan anti vaksin) tidak mahu mengambil vaksin, itu adalah masalah mereka, tetapi yang menjadi masalah adalah mereka buat kempen untuk orang tidak ambil vaksin.

“Itu menjadi masalah kepada kita (kerajaan),” katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan mengejut pematuhan prosedur operasi standard di sebuah pusat membeli-belah, di sini, pada Jumaat.

Kata Hamzah negara ini perlu mencapai imunisasi kelompok bagi membolehkan kesemua aktiviti ekonomi dan sosial beroperasi semula seperti biasa.

-BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *