Dewan Suarah Miri Jadi Pusat Pelepasan Kuarantin Kerana Stadium Tertutup Terlalu Sesak

Spread the love

MIRI: Orang ramai yang sudah menjalani tempoh arahan kuarantin dan didapati negatif daripada jangkitan Covid-19 kini boleh mendapatkan surat perlepasan atau ‘release order’ di Dewan Suarah Miri.

Menurut ADUN Senadin, Datuk Lee Kim Shin, kesesakan yang dihadapi orang ramai sebelum ini di Indoor Stadium, Miri, meningkatkan risiko jangkitan apabila stadium berkenaan juga dijadikan sebagai pusat saringan Covid-19.

 “Sebelum ini orang ramai pergi ke Stadium Tertutup. Sekarang ramai ke sana untuk membuat ujian swab setiap hari.

 “Dewan Suarah memang lebih sesuai. Tempat letak kereta pun cukup luas. Jadi, keadaan sini lebih selesalah dari dahulu,” kata Datuk Lee.

ADUN Senadin Datuk Lee Kim Shin

Ujarnya lagi, penduduk di Miri dinasihati agar terus akur kepada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dalam memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

 “Saya menggesa para penduduk semua warga bandaraya Miri untuk mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan. Ini adalah sangat penting untuk membanteras pandemik Covid-19.

“Kita memerlukan kerjasama erat daripada rakyat jelata sekalian. Usaha kerajaan tidak mencukupi, yang penting sekali rakyat sekalian bersama berganding bahu mematuhi SOP.”

Sebelum ini Stadium Tertutup Miri telah dijadikan sebagai pusat untuk orang ramai menjalani ujian swab Covid-19 dan pusat mendapatkan surat pelepasan selepas menjalani kuarantin.

Susulan melihat kesesakan yang berlaku di kawasan berkenaan, Datuk Lee telah mengarahkan agar Dewan Suarah Miri dijadikan pusat pelepasan kuarantin bagi mengurangkan kesesakan berlaku dan risiko jangkitan.

“Kami telah mula pada 1 Mei dan purata sehari ada 4,500 orang datang sini untuk mendapat release order daripada kuarantin untuk memotong gelang tangan mereka,” kata Datuk Lee.

Dewan Suarah Miri yang kini menjadi pusat pelepasan kuarantin
Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *