COVID-19: Kerajaan Sarawak Potong Gaji, Sumbangan Tabung Bencana Sarawak

Spread the love

KUCHING: Gaji ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), setiausaha politik ketua menteri dan penjawat awam Sarawak akan dipotong dan disumbang kepada Tabung Bencana Sarawak.

Menurut Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan, langkah ini adalah bagi menunjukkan komitmen berterusan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Bagi menunjukkan komitmen berterusan Kerajaan GPS dalam membantu rakyat yang terjejas akibat COVID-19, YAB Ketua Menteri telah berbincang dengan anggota-anggota MMKN Sarawak dan telah membuat keputusan sebulat suara untuk menyumbang dua (2) bulan gaji Ahli-Ahli MMKN dan elaun ADUN GPS dan Setiausaha Politik kepada Tabung Bencana Sarawak.

“Jumlah sumbangan ini dijangka berjumlah RM 3 juta,” kata kenyataan terbabit.

Sumbangan akan dibuat melalui potongan gaji setiap bulan mulai Jun 2021 mengikut kadar seperti berikut:

JAWATANSUMBANGAN SETIAP BULAN DARIPADA GAJI BULANAN
YAB KETUA MENTERI30%
YB TIMBALAN KETUA MENTERI25%
YB MENTERI/SPEAKER20%
YB MENTERI MUDA15%
YB ADUN10%
SETIAUSAHA POLITIK5%

Sekiranya pandemik berterusan, Kerajaan akan mempertimbangkan untuk meneruskan dan menyambung sumbangan ini.

Sementara itu, kerajaan turut memutuskan sumbangan sejumlah daripada Imbuhan Tetap Keraian (ITK) penjawat awam Sarawak selama dua (2) bulan.

GREDKADAR SUMBANGANTEMPOH
Gred Utama A/ Gred Khas A dan setara ke atas50% daripada ITK yang diterimaJulai & Ogos 2021 (dua bulan)
Gred Utama B/ Gred Khas B dan setara ke atas20% daripada ITK yang diterima
Gred Utama C/ Gred Khas C dan setara ke atas10% daripada ITK yang diterima
Gred 43 – 56 dan setara5% daripada ITK yang diterima
Gred 29 – 42 dan setaraRM10 daripada ITKA yang diterima

Kadar sumbangan yang melibatkan hampir 7,000 penjawat awam termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri ini dijangka berjumlah RM300,000.

Walaubagaimanapun, anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam membendung serta pengawalan COVID-19 adalah dikecualikan daripada pemberian sumbangan ini.

Selain itu, kerajaan juga akan meminta semua Government-Linked Company (GLC) Kerajaan Sarawak untuk turut serta dalam pemberian sumbangan ini kepada Tabung Bencana Sarawak sebagai komitmen bersama semua pihak dalam menangani pandemik.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *