Sarawak Sokong Ketegasan Kerajaan Persekutuan

Spread the love

KUCHING: Kerajaan Sarawak melahirkan kebimbangan terhadap pencerobohan 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM).

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri, Kerajaan Sarawak menyokong tindakan tegas yang diambil Kerajaan Persekutuan termasuk memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk memberi penjelasan berhubung pencerobohan tersebut.

“Tindakan serius wajar diambil Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kejadian tersebut tidak berulang demi melindungi dan menegakkan kedaulatan, martabat dan integriti negara,” kata kenyataan terbabit.

Kejadian tersebut berlaku di atas ‘Luconia Shoals’ yang terletak berhampiran 110km di pantai pesisir Sarawak.

Pada Isnin lalu, pesawat itu dikesan terbang pada ketinggian antara 23,000 kaki hingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singapore FIR sebelum memasuki ruang udara ZMM, Kota Kinabalu FIR dan seterusnya terbang menghala menghampiri 60 batu nautika daripada pesisir pantai Wilayah Sarawak yang dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *