Pengusaha Dan Pemilik Bilik Sewa Tidak Ambil Peduli SOP, Sebabkan Kes Positif COVID-19 Di Bintulu Tinggi

Spread the love

BINTULU, JUN 6 : Kes positif penularan wabak pandemik COVID-19 dilaporkan meningkat di Bintulu dipercayai disebabkan pemilik bilik sewa tidak mengambil peduli dan hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

Ahli Parlimen Bintulu Dato Seri Tiong King Sing b mengakui kesilapannya kerana terlepas pandang terhadap penularan COVID-19 di di kawasan bilik sewa hingga menyebabkan kes COVID-19 meningkat.

Sebelum ini telah ada kluster yang berpunca daripada bilik sewa seperti Kluster Sungai Plan, Samalaju.

“Kita dapati pemilik bilik sewa tidak mengambil peduli dengan penularan wabak COVID-19 dengan terus mengiklankan rumah dan bilik untuk disewa sedangkan kawasan tersebut mempunyai kes positif COVID-19 yang tinggi.

“Malah, ada rumah sewa yang tidak mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dengan menempatkan jumlah penghuni yang ramai dalam satu bilik,” katanya dalam sidang media di Hotel Promanade Bintulu pada Isnin.

Tambah, Dato Seri Tiong yang juga Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke China, beliau akan berbincang dengan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi mengambil tindakan lebih tegas kepada pengusaha dan pemilik bilik sewa.

“Jika pemilik bilik sewa tidak mahu mengambil tanggungjawab terhadap SOP yang ditetapkan kerajaan, saya akan meminta BDA meroboh semua bilik sewa. Ini kerana mereka tidak pernah memohon kelulusan daripada BDA.

“Contohnya apabila Polis Di Raja Malaysia (PDRM) memeriksa di bilik sewa didapati penghuninya berjumlah berpuluh orang dalam satu tingkat.

“Inilah yang mewujudkan kluster penempatan baharu kerana oraang dari luar datang dan terus menyewa bilik-bilik ini,” tambahnya.

Beliau merayu kepada pengusaha dan pemilik bilit sewa agar memberikan kerjasama dengan mematuhi SOP ditetapkan dan sekiranya tidak dapat bekerjsama tutuplah bilik sewa demi keselamatan bersama.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Bintulu akan meminta pintu sempadan diperketatkan lagi bagi mengawal kemasukan dari luar kawasan dalam mengelak penularan COVID-19.

Juga, meminta syarikat-syarikat besar seperti ladang dan pembalakan melakukan ujian calitan COVID-19 ke atas pekerja mereka dalam memastikan bebas dari COVID-19. -EDISI UKAS

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *