Bantuan Bekalan Makanan BKSS 6.0 DUN Pantai Damai Sudah Bermula

Spread the love

KUCHING: Hampir 4,000 ketua isi rumah (KIR) B40 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai akan menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawaku Sayang bermula hari ini.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, bantuan tersebut merupakan inisiatif kerajaan Sarawak di bawah BKSS 6.0 seperti diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg baru-baru ini.

“Bantuan ini akan melibatkan KIR B40 di 43 kampung dan taman perumahan di kawasan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa penyerahan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang kepada wakil kampung pada Khamis.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, setiap KIR yang menerima bantuan tersebut adalah berdasarkan senarai yang diberikan Ketua Kampung (KK).

Menurutnya lagi, bantuan tersebut diuruskan Pejabat Residen Bahagian Kuching dan Pusat Khidmat ADUN Pantai Damai bertindak mengagihkannya kepada penerima.

Tambahnya, inisiatif kerajaan Sarawak menyediakan peruntukan untuk bantuan tersebut merupakan langkah terbaik bagi memastikan setiap rumah terus diisi dengan makanan walaupun terjejas dengan pandemik Covid-19.

“Saya berharap setiap lapisan masyarakat dapat terus sentiasa berjaga-jaga dan tidak keluar rumah tanpa urusan penting. Sekiranya ada keperluan untuk keluar sekalipun, patuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” ujarnya.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *