Tiada Sambutan Gawai, Ruai Kosong Dan Sunyi – Saga

Spread the love

DALAT, 2 Jun: Sambutan Gawai yang biasanya dirai dengan penuh kemeriahan lebih-lebih lagi di rumah panjang daerah pedalaman bertukar sunyi apabila penghuni mempamerkan kepatuhan yang tinggi terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan.

Hal ini jelas kelihatan ketika pemeriksaan mengejut yang dilakukan Ketua Polis Daerah (KPD) Dalat, DSP Saga Chunggat yang mengetuai empat pasukan pemantau ke 16 buah rumah panjang sekitar kawasan pentadbirannya.

“Sepanjang pemerhatian dijalankan, kami dapati tiada sambutan yang dilakukan oleh komuniti rumah panjang terbabit.

Ruai juga hampir kosong dan sunyi tanpa sebarang aktiviti ngabang atau lain-lain acara,” katanya ketika dihubungi.

Pemeriksaaan mengejut pihak polis Dalat di rumah panjang sempena Gawai

Antara rumah-rumah panjang yang dikunjungi termasuklah Rumah Sigah dan Rumah Agup di kawasan Ulu Baoh, Rumah Tatom dan Rumah Richard Unya di kawasan Tamin dan Nanga Tajam, Rumah Robinson dan Rumah Joseph Serang di kawasan Skim Sekuaw.

Gawai yang sunyi apabila penduduk rumah panjang pedalaman didapati mematuhi SOP

Hari ini sebanyak empat buah lagi rumah panjang di sepanjang Batang Oya, Nanga Baoh telah dilawati.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *