Sarawak Catat 588 Kes Harian COVID-19 Pada Sabtu

Spread the love

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan sebanyak 588 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada Rabu dimana sejumlah 284 atau 48.30 peratus daripada jumlah kes dikesan di daerah Kuching, Miri, Sarikei dan Sibu.

Perkembangan terbaharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di sarawak meningkat kepada 48,620 setakat hari ini.

Pecahan Kes Mengikut Daerah:

Kuching (106)
Miri (67)
Sarikei (61)
Sibu (50)
Samarahan (41)
Tatau (38)
Bintulu (35)
Selangau (24)
Asajaya (23)
Sri Aman (22)
Kapit (21)
Bau (18)
Beluru (11)
Simunjan (11)
Kanowit (10)
Betong (7)
Pakan (6)
Marudi (6)
Pusa (5)
Subis (5)
Dalat (5)
Meradong (4)
Mukah (4)
Serian (3)
Lundu (3)
Sebauh (2)

Daripada 588 kes baharu yang dilaporkan, seramai 70 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, seramai 481 orang kes adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin.

Lima kematian melibatkan jangkitan COVID-19 turut dilaporkan, sekaligus menjadikan jumlah kematian di Sarawak meningkat kepada seramai 305 orang.

Kematian Harian Sarawak:

2 Kuching
2 Miri
1 Kapit

Dalam pada itu terdapat 427 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada Rabu.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan enam (6) kluster baharu iaitu masing-masing satu (1) kluster di Mukah, Tatau dan Selangau serta tiga (3) kluster di daerah Miri.

Kluster Bunut, Mukah
Kluster Jalan Brooke, Miri
Kluster Jee Cattleya, Miri
Kluster Jalan Pinang Riam, Miri
Kluster Sungai Penyarai, Tatau
Kluster Nanga Meruan, Selangau

Dalam pada itu Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan lima (5) kluster tamat setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster-kluster ini.

Senarai kluster-kluster tersebut adalah seperti berikut:

i. Kluster Tarat Tani, Serian
ii. Kluster Tabuan Jaya, Kuching
iii. Kluster Sileng Dayak, Lundu
iv. Kluster Sungai Mas, Sebauh
v. Kluster Taman Pelita, Kuching

Sementara Jumlah kluster yang masih aktif di Sarawak adalah sebanyak 81 kluster.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *