Malaysia, Singapura Zahirkan Komitmen Teruskan Kerjasama Dalam Pertahanan

Spread the love

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura akan meneruskan kerjasama rapat di dalam bidang pertahanan menerusi angkatan tentera masing-masing biarpun berhadapan cabaran pandemik COVID-19 pada masa ini.

Komitmen kerjasama itu disuarakan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa perbualan telefon beliau dengan rakan sejawatnya dari Singapura Dr Ng Eng Hen.

“Kedua-dua menteri menzahirkan komitmen mereka kepada kedua-dua angkatan tentera, terutama Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Bersenjata Singapura untuk terus bekerjasama rapat biarpun berhadapan dengan cabaran situasi pandemik COVID-19 masa ini,” menurut hantaran Kementerian Pertahanan dalam laman Facebook rasminya hari ini.

— BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *