Debaran Separuh Akhir TVSTARZ Semakin Dirasai

Spread the love

KUCHING: Konsert TVSTARZ semalam telah membawa 1001 emosi iaitu

Salah seorang peserta asal the dream team Eyqa telah tersingkir pada episod semalam.

Eyqa yang mempunyai suara yang unik ini telah membawakan lagu popular ratu rock Malaysia iaitu Ella yang bertajuk Sepi Sekuntum Mawar Merah.

Kata juri, persembahan Eyqa kali ini agak lancar dan terdapat beberapa lagi pembaikan yang boleh dilakukan.

Namun secara keseluruhannya Eyqa telah mendapat markah sebanyak 213 dan itu telah meletakkan Eyqa di tangga terakhir dan kali ini Fanzi sekali lagi menjadi juara mingguan.

Beliau datang sebagai Challenger di episod sebelumnya dan Fanzi juga telah mengalahkan Andrey yang sebelumnya merupakan juara mingguan TVSTARZ selama tiga minggu berturut-turut.

Membawakan lagu Cobalah Untuk Setia, Fanzi telah menyerlahkan bakatnya secara menyeluruh.

Pak Yudhi juga mengatakan bahawa beliau tidak berjaya untuk menemukan kesalahan vokal Fanzi di dalam persembahannya.

Ernie Zakri juga mengatakan bahawa Fanzi telah meletakkan TVSTARZ kepada satu tahap yang lebih tinggi dengan persembahannya yang mengasyikkan itu. 

Juara bagi konsert TVSTARZ akan membawa pulang Rm30,000 serta piala, Naib Juara pula Rm15,000 dan tempat ketiga Rm10,000.

Pemenang konsert akhir TVSTARZ juga berpeluang memenangi tawaran sebagai artis TVS

Apakah kejutan yang bakal ditayangkan di konsert TVSTARZ akan datang? Saksikan semuanya di konsert TVSTARZ setiap Selasa jam 9 malam hanya di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. Tidak lupa juga di laman sosial @tvstvmy.

Keputusan setakat 1 Jun 2021
Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *