Siapa Berjaya Melayakkan Diri Ke Pentas Akhir TVSTARZ?

Spread the love

Setelah 11 minggu berentap di pentas konsert TVSTARZ, kini hanya tinggal enam peserta The Dream Team.

Siapakah yang bakal melayakkan diri ke pentas akhir TVSTARZ ?

Malam ini, malam penentu…dan malam inilah berlangsungnya konsert suku akhir TVSTARZ.

Melihat kembali perjalanan setiap peserta, masing-masing telahpun menunjukkan persembahan yang mantap.

Adakah peserta dari sarawak iaitu Eyqa, Jalee dan Jazper, atau Fanzi dari sabah akan mara ke pentas akhir?

Oh, tidak lupa…saingan hebat turut bakal diberikan peserta Andrey dari Indonesia dan Angel dari Filipina.

Debarannya kian terasa.

Konsert malam ini akan merungkai segala persoalan…adakah mereka layak bergelar seorang penyanyi.

Bagi peminat konsert TVSTARZ di luar sana, jangan lupa saksikan konsert suku akhir TVSTARZ, pada jam 9 malam ini, hanya di tvs saluran 122 Astro dan MYTV

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *