Utamakan SOP Ketika Meraikan Gawai

Spread the love

KUCHING (31 Mei): Komuniti masyarakat Dayak dinasihatkan agar tidak mengambil ringan prosedur operasi standard (SOP) dalam merayakan perayaan Gawai kelak.

Presiden Persatuan Nasional Dayak Bidayuh (DBNA) Datu Ik Pahon Joyik meminta agar mereka yang meraikan Gawai menundakan sebarang rancangan untuk acara rumah terbuka atau jamuan buat masa ini sebagai cara untuk mengelakkan lonjakan kes Covid-19.

Ik Pahon, yang juga Timbalan Ketua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC), juga mengingatkan semua bahawa tempat di unit rawatan rapi (ICU) dan kemudahan kesihatan lain di seluruh Sarawak kini adalah sangat terhad.

“Oleh itu, sila utamakan kesihatan awam sepanjang festival Gawai ini.”, ujarnya.

Tags: #bm, Dayak, Gawai, sop

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *