Taska, Tadika Tutup 2 Minggu, Hanya Dibuka Kepada Anak-anak ‘Frontliners’

Spread the love

KUCHING: Selaras dengan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Sarawak selama 2 minggu mulai 29 Mei 2021, semua Tadika dan Taska diarahkan tutup selama 2 minggu mulai 31 Mei 2021.

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat Taska yang mempunyai anak-anak ‘frontliners’, taska berkenaan boleh memohon untuk terus beroperasi bagi memberikan perkhidmatan kepada anak-anak ‘frontliners’ sahaja.

Menurut surat rasmi yang diagihkan Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangnan Kanak-Kanak (KWKPK), keputusan untuk membenarkan taska berkenaan terus beroperasi bertujuan menyediakan perkhidmatan sokongan kepada para ‘frontliners’ yang bertugas memerangi pandemik COVID-19.

Permohonan pengoperasian taska tersebut boleh dikemukakan ke Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak KWKPK melalui pautan: http://bit.ly/pengoperasianipakk dan memuat naik borang maklumat kanak-kanak.

Pengoperasian taska adalah tertakluk kepada kelulusan KWKPK dengan memastikan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat sebelum, semasa dan selepas kanak-kanak hadir ke premis.

Senarai ‘frontliners’ yang boleh memohon untuk menghantar anak-anak ke taska semasa tempoh PKP termasuk:

1. Perubatan/Kesihatan/Farmasi
2. Polis/Angkatan Tentera/Bomba/Keselamatan/Pertahanan
3. Kastam/Imigresen/Marin/JPJ


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *