Sarawak Selaras Pelaksanaan PKP, Dilaksana Hingga 14 Jun

Spread the love

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk menyelaras tarikh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sarawak sehingga 14 Jun 2021.

JPBN Sarawak telah meneliti Prosedur Operasi Standard (SOP) am yang telah dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan memutuskan Sarawak akan meneruskan pelaksanaan PKP sedia ada dengan penambahbaikan syarat.

Antaranya, kini penggunaan zon dalam kawasan PKP ditukar kepada Daerah.

Selain itu, kapasiti individu dalam kenderaan persendirian termasuk pemandu dihadkan kepada dua orang serta penambahan terhadap senarai Perkhidmatan Perlu atau ‘Essential Services’.

Sementara itu, Sarawak pada Isnin mencatatkan 654 kes baharu COVID-19 dengan sejumlah 405 atau 61.93 peratus daripada jumlah kes telah dikesan di Daerah Kuching, Sibu dan Miri.

“Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Kuching (219), Sibu (102), Miri (84), Bintulu (54), Samarahan (33), Tanjung Manis (27), Kapit (17), Lubok Antu (17), Betong (15), Mukah (13), Sri Aman (10), Bau (9), Asajaya (9), Subis (7), Lundu (7), Meradong (7), Serian (5), Julau (3), Tatau (3), Bukit Mabong (2), Kanowit (2), Sarikei (2), Dalat (2), Pakan (2), Beluru (1), Saratok (1) dan Selangau (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 47,329,” menurut JPBN Sarawak.

Sarawak turut melaporkan 10 kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 294 orang.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan tiga kluster baharu pada isnin, masing-masing di daerah Bau, Bintulu dan Kuching.

Di bBu, kluster Jalan Jambusan-Sunchar, Bau merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan empat keluarga dari empat lokaliti berlainan iaitu Taman Mutiara, Kampung Melayu Baru, Taman Mawar dan Kampung Masjid Bau yang telah merebak melalui pergerakan sosial dan aktiviti ziarah Hari Raya Aidilfitri.

Sementara di Bintulu, kluster Jalan Coastal Bintulu-Miri merupakan satu kluster di tempat kerja yang dikesan melibatkan asrama penempatan kakitangan dan pekerja sebuah kilang pelebur di Jalan Coastal Bintulu-Miri, Similajau.

Manakala, Kluster Muara Tabuan pula merupakan satu kluster di tempat kerja yang dikesan melibatkan kakitangan dan pekerja sebuah kilang yang terletak di Persiaran Elektronik 2, Sama Jaya Free Industrial Zone, Kuching.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *