Operasi Bot Ekspres Di Kapit Digantung Sementara

Spread the love

KAPIT: Perkhidmatan bot ekspres di Bahagian Kapit akan digantung sementara bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata keputusan itu dibuat bagi membendung penularan Covid-19 di Kapit terutama dengan ketibaan perayaan Gawai Dayak pada 1 Jun.

Lee berkata pihaknya, melalui agensi kementerian Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah mengeluarkan notis kepada semua pemilik dan pengusaha bot ekspres yang terjejas.

Laluan yang terjejas ialah Kapit-Putai-Kapit, Sibu-Kapit-Putai-Kapit-Sibu dan Kapit-Belaga-Kapit.

“Lembaga Sungai-Sungai Sarawak tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pemilik atau pengusaha bot ekspres yang melanggar arahan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Lee, keselamatan rakyat adalah perkara paling utama bagi kementerian, oleh itu penangguhan sementara tersebut akan terus memperkukuh usaha mengurangkan peningkatan jumlah kes covid-19 di bahagian kapit.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *