‘UGA-UGA’. Zynakal kini dikecam

Spread the love

Belum reda isu viral ‘kain buruk’ Ryzal ibrahim, Duriankimchi, kini muncul pula komen dari Zynakal pada sekeping foto yang dimuatnaik oleh penyanyi terkenal Yonnyboi pada laman Instagram beliau.

Pada gambar tersebut beliau telah meninggalkan komen ‘UGA UGA’.

Kredit : Twitter @di0rxbaby

Perkongsian foto tersebut adalah gambar ketika Yonnyboi mengenakan salah satu pakaian tradisional kaum di Sarawak.

Gambar Kredit : Twitter @di0rxbaby

Terkini, ruang komen pada gambar tersebut telah pun ditutup oleh Yonnyboi.

Komen ‘UGA-UGA’ tersebut dikatakan seperti sindiran yang merujuk kepada mereka yang hidup pada zaman dahulu.

Kredit Twitter
Kredit Twitter

Walaupun tampak hanya bergurau, rata-rata netizen mengecam tindakan Zyn yang dikatakan tidak sensitif dengan isu yang sedang hangat berlaku sekarang.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *