Tiada Pembelian Panik Di Kota Samarahan

Spread the love

KUCHING, MEI 28: Tiada pembelian panik berlaku di pasar raya di Kota Samarahan seperti yang dikongikan di media sosial, lapor UKAS.

Jelas Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sarawak, Mogan Arumugan, kekeliruan itu timbul disebabkan orang ramai terpaksa beratur semasa membeli barang susulan penetapan penjarakan sosial satu meter sebelum masuk ke premis.

“Hasil tinjauan turut mendapati keadaan itu belaku disebabkan SOP menetapkan jumlah pembeli dihadkan dalam satu-satu masa.

“Selain itu, kita mendapati orang ramai juga membeli barang keperluan sambutan Hari Gawai pada saat akhir disamping keperluan isi rumah yang lain untuk mengelakkan kekerapan pembelian serta membantu kerajaan dalam mengekang penularan Covid-19,” jelasnya menerusi kenyataan media pada Jumaat.

Dalam pada itu, KPDNHEP akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Gawai 2021 berkuat-kuasa pada 28 Mei hingga 3 Jun 2021.

Senarai barangan bagi SHMMP Hari Gawai Dayak 2021 adalah Ayam hidup, Ayam standard, Ayam super, Ayam tua hidup, Kepak ayam, Telur ayam gred A, Telur ayam gred B, Telur ayam gred C, Babi hidup (harga maksimum di peringkat ladang sahaja), Daging babi (perut) dan Daging babi (daging dan lemak).

SElain itu, KPDNHEP akan membuat pemeriksaan dan pemantauan di premis yang berkaitan di seluruh Sarawak bagi memastikan peniaga patuh ke atas SHMMP tersebut.

Orang ramai boleh membuat aduan jika mendapati ada peniaga yang melakuan kesalahan dengan menghubungi Portal e-aduan@kpdnhep.gov.my, Call Centre 1800 886 800,Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my, Aplikasi telefon pintar Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245 / 6088, Whatsapp ke 019- 279 4317 dan boleh membuat aduan di mana-mana 72 buah pejabat KPDNHEP seluruh Negara.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *