Langgar SOP, Warga Emas Dikerah Bersih Pejabat Kesihatan Daerah

Spread the love
Gambar hiasan

KUCHING (28 Mei): Kedegilan seorang warga emas dengan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 mengakibatkannya antara yang dikenakan kompaun membersihkan perkarangan Pejabat Kesihatan Daerah.

Dia antara lima lelaki dan seorang wanita berumur antara 50 dan 70 tahun yang dikenakan tindakan sedemikian selepas “ditangkap” sedang leka melepak di Taman Lalu Lintas, Taman Kenyalang itu oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kuching Supt. Merbin Lisa menasihati orang ramai di Kuching agar tidak memandang ringan SOP yang dikuatkuasakan oleh pemerintah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Mereka dikerah membersihkan perkarangan di Pejabat Kesihatan Daerah dalam 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan,” katanya.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *