Kerajaan Sarawak Memperuntukkan RM1.4 Bilion Untuk BKSS 6.0

Spread the love

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM1.4 bilion di bawah pakej keenam Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) bagi membantu rakyat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, ia merangkumi 15 langkah yang 9 daripadanya merupakan langkah pembayaran tunai dan 6 lagi langkah pemberian diskaun.

“Saya berharap langkah-langkah dalam Pakej BKSS 6.0 dengan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM1.4 bilion termasuklah langkah-langkah yang sedang dalam pelaksanaan sedikit sebanyak dapat  membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kita semua ketika melalui waktu yang sukar ini,” katanya pada sidang media khas BKSS 6.0 di sini.

Katanya lagi, kerajaan Sarawak sentiasa memikirkan langkah-langkah yang terbaik dalam melaksanakan inisiatif bagi membantu meringankan beban rakyat selain sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan semua terus terpelihara.

“Saya bersama dengan rakan-rakan dalam GPS akan terus menyumbang bakti dan memberi khidmat demi Sarawakku Sayang,” tambahnya.

Kerajaan Sarawak sebelum ini telah melaksanakan lima Pakej BKSS yang bernilai lebih daripada RM3.1 bilion telah sedikit sebanyak mengurangkan beban rakyat.

BKSS 6.0 melibatkan pemberian tunai sebanyak RM250 sebulan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) B40 untuk tempoh enam bulan mulai 31 Julai hingga 31 Dis 2021 manakala individu bujang B40 yang berumur 21 tahun ke atas akan menerima pembayaran tunai berjumlah RM500 secara ‘one-off’ atau sekali beri mulai 31 Ogos 2021.

“Senarai penerima bantuan adalah berdasarkan pada semua data penerima BKSS B40 sebelum ini termasuklah senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021. Langkah ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM970 juta dan akan memberi manfaat kepada lebih daripada satu juta penerima,” katanya.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Comments

  1. Bagaimana dgn kami yg blm dapat pembayaran bkss dri bkss yg pertama dulu,dah malas nak sllu call,asyik cakap tunggu2, ujung2 timbul lgi bkss6.0.
    Kami tak payah buat permohonan lagi kah.

    1. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, anda boleh layari laman web BKSS iaitu https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak. Maaf kami tiada sebarang jawapan untuk soalan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *