“ALLAHUAKBAR” Ungkapan Terakhir Arwah

Spread the love

KOTA SAMARAHAN, MEI 29: Mayat mangsa yang dipercayai disambar buaya telah ditemukan sebentar tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan mengesahkan menemukan mayat dipercayai Allistar Rabanie, 30, yang dipercayai disambar buaya di Batang Samarahan, Kampung Naie dalam kejadian sekitar jam 11:30 pagi Rabu.

Dalam pada itu menurut bapa mangsa Rabanie Amit, 60 tahun, mangsa sempat menyebut “Allahuakbar” sebelum tenggelam bersama jalanya.

“Semasa dia menyelam untuk pertama dan kedua, dia masih timbul, sekali selaman yang ketiga tu dia sempat sebut “Allahuakbar” sebelum sesuatu yang menariknya ke dalam dan tidak timbul lagi,” katanya ketika ditemui wartawan TVS.

Mangsa merupakan anak kelima dari 11 orang adik beradik itu telah meninggalkan seorang balu hamil lima bulan dan seorang anak berusi 2 tahun.

Tambah ayahnya, mangsa merupakan seorang anak yang sangat bertanggungjawab terhadap keluarga serta patuh terhadap ibu bapa.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak Tiong Ling Hii berkata mayat Allister Rabanie, 30, ditemui kira-kira 1 kilometer dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dijumpai pasukan operasi menggunakan ‘gripping iron’ di tengah sungai iaitu kira-kira 1 kilometer di hulu tempat kejadian. Mayat mangsa ada kesan gigitan pada rusuk sebelah kanan. Jala juga masih berada dengan mangsa,” tambahnya.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang pada Rabu ketika pergi menjala bersama bapa dan bapa saudaranya iaitu sekitar jam 10.30 pagi.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, Tiong Ling Hii, mayat Allister Rabanie, 30 tahun, ditemui oleh bapa saudaranya, Roslan Ramin, ketika dalam perjalanan menghantar makanan kepada pasukan SAR.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *