Kaki Besi Tak Makan Saman Terima Padah

Spread the love

KUCHING (27 Mei): Amaran demi amaran telah dikeluarkan tetapi masih ada golongan yang memandang enteng perkara ini selepas 12 individu dikompaun pihak polis ketika membuat pemeriksaan di sebuah gimnasium di Jalan Wan Alwi, Kuching sekitar jam 1:45 petang pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Supt. Merbin Lisa mendedahkan dalam satu kenyataan, premis tersebut didapati gagal menutup operasinya mengikut garis panduan yang kerajaan telah tetapkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak.

“Kami telah mengeluarkan 12 kompaun kepada pemilik premis dan 11 individu lain yang terdiri daripada pelanggan dan pekerja berusia antara 21 hingga 50 tahun,” kata Merbin dalam kenyataannya.

Jelasnya kompaun tersebut perlu dijelaskan di Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh 14 hari bermula dari tarikh kompaun dikeluarkan.

Merbin menegaskan walaupun kompaun dikeluarkan hampir setiap hari tetapi tindakan ini diibaratkan mencurah air ke daun keladi. Bagaimanapun pihak polis tetap akan menjalankan tanggungjawab mereka dalam memastikan semua individu mematuhi garis panduan PKPB.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *