‘Kain buruk’ terima kecaman

Spread the love

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata..

Viral semalam mengenai seorang influencer, Ryzal ibrahim yang dikatakan menghina pakaian tradisional kaum Iban melalui IGstory nya dengan menggelar baju yang dikenakan isterinya, Duriankimchi yang juga merupakan seorang influencer sebagai ‘kain buruk’.

Video Kredit : @fabian_rossi21
Kredit Twitter : @fabian_rossi21

Berikutan kenyataan tersebut, beliau telah dikecam kerana menghina pakaian tradisional kaum Iban. Rata-rata penduduk Sarawak terutama kaum Iban meluahkan rasa marah dan kecewa kerana pakaian tradisi mereka dihina sebegitu rupa.

Ramai artis turut mengecam tindakan Ryzal kerana tidak menghormati pakaian tradisional kaum Iban itu antaranya ialah Nana Sheme, Faye Kusairi, Sharnaaz Ahmad, Akhmal Nazri dan isteri beliau Lyssa Jean.

Kredit Instagram : NanaSheme
Kredit Instagram : fayekusairi
Kredit Instagram : lyssa.jean
Kredit Instagram : Akhmalnazri

Pakaian yang lebih dikenali dengan Ngepan Iban tu mempunyai nilai nya tersendiri. Harga untuk satu set pakaian ini mampu mencecah ribuan ringgit kerana untuk menghasilkannya mengambil masa yang lama dan ianya tidakla mudah.

Malah Miss Universe Malaysia, Francisca Luhong turut meluahkan rasa kekecewaan di posting igstory beliau terhadap penghinaan pakaian Ngepan Iban itu.

Kredit Instagram : Francisca.Luhong

Selepas menerima kritikan dan ancaman dari pelbagai pihak Ryzal akhirnya akur dan membuat permohonan maaf di posting laman Instagram beliau.

Pengakuan maaf Ryzal Ibrahim. Kredit Instagram : ryzalibrahim
Pengakuan maaf secara terbuka oleh Ryzal Ibrahim.
Kredit Instagram : ryzalibrahim

Diharap Ryzal lebih peka dan belajar menghormati budaya kaum yang terdapat di Malaysia. Semoga perkara ini memberi pengajaran kepada influencer mahupun artis agar lebih berhati-hati dan berfikir sebelum berkata-kata.  


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *