Kemenangan Fanzi Ruji Menggemparkan Para Peserta TVSTARZ!

Spread the love
Persembahan Fanzi yang penuh penghayatan membawa kemenangan.

Challenger TVSTARZ terbaru, Fanzi Ruji telah mengalahkan para peserta TVSTARZ dan menjuarai konsert minggu ini dengan 246 markah! 

Lagu yang menyumbangkan kepada kemenangan Fanzi iaitu “Berhenti Berharap” oleh Sheila on 7, lagu yang pernah mendominasi carta muzik pada suatu ketika dahulu. Para juri TVSTARZ juga dilihat menjiwai nyanyian Fanzi yang penuh penghayatan itu.

Kemenangan Fanzi telah menumpaskan Andrey ke tempat ketiga! Andrey, peserta TVSTARZ dari Indonesia yang telah mendapat tempat pertama di Konsert TVSTARZ 3 kali berturut-turut gagal mempertahankan kedudukannya pada kali ini. 

Turut mendapat perhatian pada minggu ini ialah Jazper dengan lagunya, This Is Me daripada filem The Greatest Showman. Tambahan pula, Jazper akhirnya mengalahkan Andrey pada konsert minggu ini dengan perbezaan 23 markah! 

Namun begitu, Jazper tetap gagal mendapat gelaran juara pada Konsert TVSTARZ minggu ini dan kekal di kedudukan kedua. 

Baca lagi artikel menarik >>> Bila Jazper Nak Jadi Yang Pertama Pulak?

Konsert minggu ini juga menandakan pengakhiran perjalanan Faizah di TVSTARZ. Faizah turut mengungkapkan pengalamannya di TVSTARZ sebagai menyeronokkan dan peserta bebas untuk menonjolkan bakat-bakat mereka dengan cara yang tersendiri. 

Faizah memberikan kata-kata akhir kepada peserta TVSTARZ yang lain.

Terlepas Konsert TVSTARZ semalam? Jangan risau! Anda juga boleh menonton Konsert TVSTARZ – Episode 10 (OST) di sini. Saksikan konsert TVSTARZ setiap Selasa, 9.00 malam di TVS, saluran 122 Astro dan MyTV.

Ikuti TVS di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *