MOT Tubuh Pasukan Khas Siasat Punca Dua Tren LRT Bertembung- Wee Ka Siong 

Spread the love

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menubuhkan pasukan panel penyiasat khas untuk menyiasat punca insiden dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya bertembung berdekatan Stesen LRT KLCC, di sini malam ini. 

Menteri berkenaan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata laporan awal mengenai insiden itu akan dihantar kepadanya oleh ketua pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), esok pagi. 

Jelasnya, MOT menjangkakan dalam tempoh dua minggu hasil siasatan oleh pasukan khas itu akan dikemukakan kepada kementerian itu. 

“Dalam tempoh dua minggu kami akan kenal past punca kejadian sama ada disebabkan kesilapan dari segi sistem signalling (isyarat) atau masalah komunikasi atau kesilapan manusia,” katanya pada sidang media, di lokasi kejadian di sini. – BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *