Minat Anak Patung “Selamatkan” Pramugara Comel

Spread the love

BERMINAT mengumpul anak patung sejak kecil, seorang pramugara menggunakan minatnya itu untuk meraih pendapatan tatkala kekurangan penerbangan ekoran pandemik Covid-19.

Kerjayanya yang membawanya ke seluruh pelosok dunia memberi peluang untuk Wesley mengumpul anak patung dari pelbagai negara seperti Jepun, Australia, Amerika Syarikat, Filipin termasuk negara-negara Eropah.

Walaupun kini menetap di Kuala Lumpur, Wesley Juntan, 31, anak kelahiran Sibu, Sarawak ini tetap bangga dengan tradisi dan budaya Sarawak.

Buktinya apabila patung-patung beliau mengenakan pakaian etnik Sarawak yang menggunakan kain seperti Pua Kumbu dan manik-manik Sarawak.

Comelnya.. anak patung dan perekanya!

“Saya reka sendiri kostum-konstum yang ‘digayakan’ oleh anak patung saya dan harganya antara RM350 hingga RM900, terpulang kepada harga asal patung, perincian rekaan dan kerumitan buatannya dan boleh mengambil masa sehingga seminggu untuk disiapkan.

“Saya ada pelanggan dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan ada yang menempah khas untuk dijadikan hadiah atau koleksi peribadi

“Saya banyak berkongsi rekaan saya di laman Instagram dan juga menerima tempahan dari sana dan pelanggan boleh “custom-made” pakaian bagaimana yang dikehendaki,” katanya kepada TVS.

Weesley bersama Borneo Dolls rekaannya

Kata Wesley yang berbangsa Iban, beliau mampu menghasilkan sebanyak sepuluh tempahan dalam sebulan dan permintaan kian meningkat menjelang Gawai.

Weesley dan patung-patung berpakaian seragam pramugari rekaannya
Kredit gambar Instagram @wesleyhilton


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *